Tuesday 11 September 2012

Burung Kelicap di Taman


     Pagi-pagi hari, tamanku diriuhi oleh kicauan burung burung. Mula-mula tertanya-tanya jugak, burung apa lah ynag dok berkicau ini? Badannya kecil saja, perutnya pula berbulu kuning. Setelah digoogle, rupa-rupanya namanya ialah burung kelicap. Burung-burung ini suka menghisap manisan di dalam bunga. Patut lah selalu datang berkunjung di tamanku.

Wednesday 5 September 2012

Rangoon Creeper @ Akar Dani



     Pokok menjalar ini adalah favourite Mak Tam. Mula-mula ergoda semasa melihat pokok ini di depan rumah Pak Ag, tukang kebun sekolah kami.  Lepas tu mula mencari benih di nurseri Taman Sempadan.  Beli 2 poli beg dan tanam di pergola belakang rumah. Sepokok menjadi dan subur, sepokok lagi kureng subur lah pulak. Lepas itu beli sepokok lagi dan tanam di dalam pasu dan bagi menjalar di arch besi. Tak berapa menjadi, mungkin sebab tanam di dalam pasu kecil dan akar tak dapat menjalar jauh. Namun begitu, dapat lah juga bunga ini mengharumkan taman  Mak Tam.