Monday 29 October 2012

My Little Tropical Garden


My Little Tropical Garden 1- Hoya plant, nong nooch, petunia dan gerbera daisy. Dua pokok lagi belum dikenal pasti.

My Little Tropical Garden 2- Dragon plant, japanese rose, asparagus fern, lotus dan zinnia.

My Little Tropical Garden 3- Petunia dari Cameron Highlands.

My Little Tropical Garden 4 - Asparagus Fern dan japanese rose.

My Little Tropical Garden 4 - Pergola.

My Little Tropical Garden 4 - Woodsonii plant dan lotus. Di kejauhan orchid sedang berkembang.

My Little Tropical Garden 5- Woodsonii, Bunga butang, teratai layu di dalam pasu..hehehe.

My Little Tropical Garden 6- Orchid di pokok plumeria.

My Little Tropical Garden 7 - Rangoon Creeper di arch besi.

My Little Tropical Garden 8 - Kucai dan maiden hair fern baru nak hidup.

My Little Tropical Garden 9 - Pokok kunyit (tumeric).

My Little Tropical Garden 10 - Pokok kucai.

My Little Tropical garden 11 - arch

My Little Tropical Garden 12 - Orchid di dalam tempayan.

My Little Tropical Garden - Orchid baru nak berputik bunga.

My Little Tropical garden 11 - Akar gemok sebab pakai nugget.

My Little tropical garden - Woodsonii

My Little Tropical Garden 11 - Two in One.

My Little Tropical Garden 12 - Woodsonii

My Little Tropical Garden 13 - Water weed- tapi cantik jugak!

My Little Tropical garden 14 - Asparagus fern

My Little Tropical garden 15 - maiden hair fern.

My Little Tropical Garden - Plilodendron plant? Entah lah apa namanya.

Tuesday 11 September 2012

Burung Kelicap di Taman


     Pagi-pagi hari, tamanku diriuhi oleh kicauan burung burung. Mula-mula tertanya-tanya jugak, burung apa lah ynag dok berkicau ini? Badannya kecil saja, perutnya pula berbulu kuning. Setelah digoogle, rupa-rupanya namanya ialah burung kelicap. Burung-burung ini suka menghisap manisan di dalam bunga. Patut lah selalu datang berkunjung di tamanku.

Wednesday 5 September 2012

Rangoon Creeper @ Akar Dani



     Pokok menjalar ini adalah favourite Mak Tam. Mula-mula ergoda semasa melihat pokok ini di depan rumah Pak Ag, tukang kebun sekolah kami.  Lepas tu mula mencari benih di nurseri Taman Sempadan.  Beli 2 poli beg dan tanam di pergola belakang rumah. Sepokok menjadi dan subur, sepokok lagi kureng subur lah pulak. Lepas itu beli sepokok lagi dan tanam di dalam pasu dan bagi menjalar di arch besi. Tak berapa menjadi, mungkin sebab tanam di dalam pasu kecil dan akar tak dapat menjalar jauh. Namun begitu, dapat lah juga bunga ini mengharumkan taman  Mak Tam.

Sunday 26 August 2012

Bunga Tahi Ayam... Nama glamer 'marigold'





Benih pokok bunga tahi ayam dah bercambah. Jangan semangatku jadi hangat-hangat macam tahi ayam, sudah....

Yang ini bunga butang...

yang ini pun tahi ayam jugak...

Tuesday 21 August 2012

Rejuvenating My Home Garden

    Bila dah lama tak trim pokok, maka taman tropika pun bertukar menjadi Hutan Hujan Tropika. Mujurlah muncul CT Zu dari minicontainergarden.blogspot.com, timbul lah semangat untuk berkebun semula. Benih pun dia supply.

Ini lah hasilnya.....

Pokok plumeria merah yang ditanam dalam pasu besar bersama pokok orkid dan spanish beard.



Pokok rangoon creeper dibiarkan memanjat arch yang dibuat dari besi.



Bunga rangoon creeper yang mengeluarkan bau yang harum.

Teratai layu di dalam pasu.


Sunday 19 August 2012

Tamanku Yang Dulu









     Bila bersemangat, Wah! Rajinlah berkemas taman. Konsep Tropika lah konon. Tapi bila semangat dah luntur taman konsep Tropika pun bertukar menjadi Hutan Hujan Tropika. Air pun mengharapkan hujan dari langit.